Pelancongan Domestik | Fokus kepada kemudahan asas selain infrastruktur selamat

2023-01-01 1

Penyediaan fasiliti asas seperti bekalan air, elektrik dan kemudahan awam antara isu yang perlu diberi perhatian oleh kementerian berkaitan untuk memacu industri pelancongan domestik di Sarawak sepanjang tahun 2023.

Pengurus Retreat 2 Serapi, Andrew Lo berkata, kawasan eko pelancongan antara yang perlu diberikan wajah baharu terutama dari segi infrastruktur asas selain mengutamakan elemen keselamatan.